Baca

>> Sabtu, 3 April 2010

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur, dalam pada masa anda menuruni scroll browser internet anda, walaupun bukan di laman ini, anda telah melakukan proses pembacaan. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat.

Tujuan pertama saya telah pun berjaya dengan mengjak ramai pengguna internet turut sama merangsang minda dan ingatan. Tidak dilupakan tujuan dan manfaat di dunia online, hasil sebenarnya diterjemahkan ke dalam dunia offline. Kadangnya terdapat golongan yang mendekati dunia online ini sebagai salah satu punca rezeki yang membina jambatan persaudaraan, budaya dan tamadun pengetahuan.

Hakikat Pembacaan

Suruhan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Al ‘Ala yang menegaskan dalam ayat pertama sekali tentang perihal MEMBACA, kata Allah itu dimulakan dengan kata suruhan yang difahami dengan penegasan iaitu BACALAH disambung pula dengan DENGAN NAMA TUHANMU. Begitulah literasi umum yang dapat dibuat dari ayat tersebut.

Pernah seorang pengurus syarikat konsultan iaitu Encik Arifin Hassan menyatakan kepada golongan muda (yanag mendengar pesanannya ketika itu) mengatakan bahawa suruhan IQRA’ atau BACA itu dalam dunia global kini bermaksud, YAHOO SEARCH lah, GOOGLE lah dan sewaktu dengannya.

Pernah juga sahabat saya menyatakan bahawa suruhan ini bermaksud pada dirinya, ‘membaca’ keadaan sekeliling dan juga ‘membaca’ peluang yang wujud untuk dimanfaatkan pada mendatangkan kebaikan dengan cara yang paling baik.

Ingatlah juga, seseorang yang tugasnya mengkaji atau menyelidik itu dikira juga sebagai ‘pembaca’ sebabnya dia dapat membaca dan menterjemahkan budaya yang dikaji dan dapat pula dia menyampaikan apa yang dikaji kepada khalayak. Ini salah satu aspek penting dalam kita memahami falsafah membaca.

Wallahualam, apapun jua pemahaman dan pentafsirannya, perlu diingat bahawa kita mesti ‘membaca’ dengan nama Allah demi memperolehi manfaat ‘membaca’ dengan hakikat yang sebenar dan adil bagi diri kita dan orang lain.

Dengan kata lainnya, membaca itu salah satu tool atau skill yang Allah sarankan kepada manusia bagi memperolehi ilmu dan manfaat dunia serta akhirat pastinya.

Sebolehnya kita mesti membaca supaya mendapat kefahaman yang dikehendaki Allah. Maka itu akan dinamakan ‘membaca dengan nama Tuhan’.

Read more...

AL-QURAN DAN PEMBELAJARAN DI MASJID TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

>> Selasa, 2 Mac 2010

Pendahuluan

Hampir seribu tahun yang lampau, Ibn Khaldun melalui kitabnya “Muqaddimah” menyatakan dalam fasal ketiga daripada bab VI “Semakin banyak ilmu semakin maju pembangunan dan hadharah”. Dalam fasal tersebut beliau menyatakan kota-kota Baghdad, Cordova, Qayrawan, Basrah, Kufah tatkala bandar-bandar ini maju pembangunannya maka pemgajaran dan pembelajaran ilmu semakin meluas. Tetapi apabila bandar-bandar itu mudur ke belakang maka aktiviti keilmuan semakin berkurangan. Justeru itu pada zaman Ibn Khaldun, ilmu semakin berkurangan di kota-kota di atas kerana ia sudah semakin mundur. Semakin ilmu semakin berkembang pula ke kota Kaherah kerana kemajuan Kaherah mengatasi kemajuan bandar-bandar yang disebut di atas, sehingga Kaherah menjadi tumpuan para pencinta ilmu dari Iraq dan Morocco.

Demikian gambaran ringkas, betapa aktiviti keilmuan menjadi pemangkin kepada kemajuan sebuah bangsa dan umat itu. Di Malaysia juga jika dibuat perbandingan pada zaman sebelum kemerdekaan dan selepas 40 tahun negara mencapai kemerdekaan bagaimana terlihat perbezaan dengan jelas dalam aktiviti keilmuan tahun lima puluhan dan enam puluhan dengan tahun 2006 amatlah jauh sekali. Dari masyarakat yang dulunya ramai penduduk yang buta huruf, buta teknologi, malah buta agama, pada hari ini ia bertukar menjadi masyarakat yang lebih celik huruf, celik sains dan teknologi, malah celik agama. Pada masa kini Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang cukup membangun sehingga menjadi tumpuan banyak penduduk-penduduk negara dunia ketiga termasuk pelajar-pelajar Arab yang datang ke sini untuk belajar bukan sahaja dalam fakulti kejuruteraan, malah mengenai ilmu Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) hatta dalam bidang pembelajaran Usuluddin, Syariah, Pendidikan Islam pada peringkat penyelidikan kesarjanaan dan kedoktoran falsafah.

Seruan Islam Kepada Pembelajaran

Kitab Ihya Ulum al-Din karangan terbesar imam al-Ghazali terdapat di dalamnya mengandungi satu bab mengenai ilmu di mana terkandung di dalamnya beberapa fasal mengenai kelebihan ilmu, kelebihan mengajar dan kelebihan belajar. Kelebihan ilmu digambarkan oleh beliau melalui kelebihan orang-orang yang berilmu berbanding dengan mereka yang tidak berilmu, malah dinyatakan orang berilmu itu lebih merasa bimbang dan takut kepada Allah berbanding dengan mereka yang kurang berilmu.

Adapun kelebihan belajar disebutkan banyak hadis-hadis termasuk hadis daripada riwayat Muslim yang bermaksud: “Barang siapa menuntut ilmu beerti menuntut jalan ke syurga”.

Bagi orang Islam syurga adalah ganjaran paling tertinggi dan paling dikehendaki. Maka mereka yang belajar ilmu sebelum pun mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti, di dunia lagi sudah dijanjikan dengan janji “Sentiasa mendapat perlindungan sayap malaikat kerana redha dengan apa yang mereka lakukan”.

Malah kelebihan belajar ini diperkukuh dengan hadis Ibn Abdul Barr dan Ibn Majah “Belajar satu bab daripada ilmu lebih baik dari sembahyang (sunat) seratus rakaat”.

Walaupun dari segi sanadnya hadis-hadis ini dikatakan daif, tetapi teks hadis atau matannya memberikan dorongan supaya orang belajar ke mana-mana sahaja, hatta ke negeri China. Hadis ini tetap masyhur. Orang Islam dituntut belajar, malah ia merupakan satu fardu dan kewajipan “Talabul ‘ilmi farihatun ‘ala kulli muslim”.

Justeru itu dinyatakan bahawa mereka yang terlibat dengan ilmu sama ada penyoal (murid), guru, pendengar dan mereka yang cintakan ilmu dan ahli ilmu akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. Masing-masing pihak akan terus mendapat kebaikan dan oleh itu mereka yang jahil tidak harus berkekalan dalam kejahilan dan mereka yang tahu tidak harus kedekut dengan sedikit sebanyak ilmu yang ada pada mereka untuk disampaikan.

Hadis nabi sejak awal-awal lagi menyatakan bahawa belajar ilmu itu wajib berterusan dari buaian sampai ke liang lahad. Abu Zar meriwayatkan “menghadiri majlis ilmu seorang alim lebih baik daripada bersembahyang (sunat) seribu rakaat, menziarahi seribu orang pesakit, dan menghadiri pengkebumian seribu jenazah” Malah ditanyakan kepada nabi “hatta lebih baik daripada membaca al-Quran”?. Lalu nabi menjawab “apa faedahnya membaca al-Quran jika tidak berilmu”.

Dari keterangan Imam al-Ghazali ini ternyata bahawa pembelajaran ilmu satu aktiviti sepanjang hayat atau pembelajaran berterusan tanpa henti dan tidak terikat oleh usia dan umur. Ibn Khaldun ketika membahaskan pembahagian ilmu membahagikan ilmu itu kepada dua: ilmu naqli dan ilmu aqli. Ilmu naqli merujuk kepada ilmu yang datangnya dari syarak sama ada dari al-Quran mahupun al-sunah. Sementara ilmu aqli pula ialah ilmu yang dijana oleh pemikiran manusia sehingga dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

Dalam istilah biasa ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu fardu ‘ain dan ilmu fardu kifayah. Dalam bahasa baru diperkenalkan pula ialah istilah ilmu pertama sebagai ilmu menyusun diri sendiri dan keduanya ilmu menyusun sistem masyarakat. Apa pun istilah yang dipakai ilmu itu terlalu banyak untuk dipelajari, lantas imam al-Ghazali sekali lagi mengingatkan kita pandai-pandailah orang ramai mendapatkan ilmu yang bermanfaat dan jangan habiskan masa dengan ilmu yang tidak bermanfaat. Imam al-Ghazali memperkenalkan ilmu berfaedah sebagai ilmu terpuji (mahmudah) dan ilmu terkeji dikenali dengan mazmumah.

Keutamaan Ilmu Berbanding Dengan Amalan

Ulama semasa tersohor Dr Yusof al-Qaradhawi mengingatkan kita melalui bukunya Fi Fiqh al-Awlawiyyat bahawa ilmu hendaklah didahulukan daripada beramal. Ini bersandarkan maksud sabda nabi: “Ilmu itu imam, amalan itu pengikutnya”. Justeru ilmu menjadi syarat bagi amalan yang sah dan perkataan yang betul. Imam Bukhari menyatakan amalan tidak akan memberi manfaat apa-apa tanpa ilmu. Malah nabi sendiri mengatakan dalam satu maksud sabdanya barangsiapa yang akan diberikan kebaikan oleh Allah, nescaya diberikan kepadanya kefahaman mendalam dalam agama”. (Man yurudi Llahu bihi khyran yufaqqihu fi al-Din).

Dalil paling kuat tentang kelebihan ilmu apabila perkataan “iqra’” merupakan ayat pertama yang diturunkan. Sedangkan membaca adalah anak kunci kepada ilmu. Kemudian barulah turun ayat kedua yang mengajak supaya beramal dan bertindak melalui surah al-Muddathir “Wahai orang yang berselimut, bangunlah! Dan beri khabar (amaran)…Ya ayyuha al-muddathir, qum fa andhir, wa rabbaka fakabbir, wa thiyabaka fa tahhir wa al-rujza fahjur, wala tamnun tathtakthrt”.

Melalui ilmu manusia dapat membezakan antara haq dengan batil dalam akidah, melalui ilmu dikenali mana yang sunah dan mana yang bidaah dalam ibadah, dapat dibezakan mana yang soheh dan mana yang fasad dalam muamalat. Ilmu juga memberitahu mana yang halal dan mana yang haram. Malah mana yang boleh diterima dan mana yang patut ditolak. Kesemuanya berteraskan ilmu. Justeru itu kadangkala mereka yang tidak tahu mereka lebih berani membuat kesilapan kerana disangka apa yang dibuatnya itu betul.

Memandangkan besarnya pengaruh dan kesan ilmu, benarlah kata Sayyidina Umar Ibn Abdul Aziz “mereka yang beramal tanpa berasaskan ilmu, keburukannya lebih banyak daripada kebaikan”. Malah dalam realiti pun, ramai mereka yang beramal tidak kurang ikhlas, taqwa dan bersemangatnya mereka, tetapi apa yang mereka kurang adalah ilmu.

Inilah yang dikatakan terjadi kepada golongan Khawarij yang menentang Sayyidina Ali k.w., sehingga sanggup membunuh mereka yang sesama agama. Banyak juga di kalangan pendakwah atau pengikut ajaran tasawuf yang tidak kurang keikhlasan tetapi tidak tahu apa yang dilakukannya itu bidaah.

Keutamaan Memahami Islam Yang Menyeluruh

Pada zaman ini secara khusus pembelajaran berterusan amat diperlukan kerana umat Islam mengalami krisis tidak dapat memahami metodologi yang betul dan bagaimana berinteraksi dengan metodologi yang betul itu. Bagaimana membumikan ajaran Islam ke alam realiti dalam semua sektor masyarakat daripada kebudayaan, pendidikan, seni, sastera sampailah kepada kehidupan harian.

Memang senang dengan mengatakan rujukan kita al-Quran dan al-Sunnah, tetapi dalam pelaksaaan tidaklah semudah itu. Umat Islam semacam menjadi bumi gersang yang tidak dapat memanfaatkan ajaran Islam untuk mengendalikan kehidupan kerana tidak dapat memahami Islam yang menyeluruh itu. Atau dengan kata lain, kita gagal memahami Islam secara praktikal yang dicernakan dalam bentuk program sehingga ajaran Islam terkial-kial dalam bentuk retorik dan ucapan khutbah, tetapi gagal beroperasi.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kaedah nabi membawa perubahan ke atas masyarakat masih jauh daripada difahami jangkauan dan dimensinya, masih belum difahami mana yang tetap dan mana yang anjal atau fleksibelnya, fasa-fasa pelaksanaannya. Malah ketidakfahaman ini kadangkala menjadi penghalang kepada pelaksanaan Islam.

Justeru itu, ilmu harus diteroka sepanjang masa, secara berterusan kerana masih banyak yang kita tidak faham. Isu-isu remeh pun kadangkala belum mencapai kata sepakat. Misalnya apakah rokok itu halal atau haram? Justeru ia tidak boleh diputuskan secara individu tetapi ia perlu dibincang bersama bukan sahaja para ulama tetapi juga pakar dalam berbagai-bagai disiplin.

Dari pembelajaran umum kepada pembelajaran dalam pengkhususan yang lebih terperinci, dari rujukan biasa kepada rujukan terpilih, malah memahami mana yang menjadi matlamat dan mana pula yang menjadi sekadar wasilah dan pendekatan. Harus difahami mana yang berbentuk prinsip mana pula yang berbentuk program. Justeru itu banyak perkara yang baik tetapi kerana berfikiran terlalu simple banyak perkara yang boleh menguntungkan umat Islam ditolak begitu sahaja. Akhirnya, kekurangan ilmu menyebabkan umat lebih terdedah kepada perpecahan sesama sendiri daripada menuju kepada perpaduan. Apa lagi diharap dari satu umat yang tidak pernah bersatu. Al-Quran memberikan jawapan, masyarakat itu akan lemah, hancur dan musnah.

Pendidikan Teras Pembangunan Tamadun Alternatif

Dalam merealisasikan kemunculan semula tamadun Islam masa kini dengan berbagai-bagai pendekatan termasuk pendekatan hadhari, ilmu menjadi senjata yang ampuh. Tanpa menafikan perlunya urus tadbir organisasi dan sistem, tetapi urusan membina manusia adalah harus diberikan keutamaan. Justeru Allah mengingatkan “Allah tidak akan merubah mana-mana kaum sehingga mereka sendiri merubah diri mereka”. Ia bermula dengan individu yang menjadi batu-bata binaan masyarakat.

Pendidikan menjadi teras utama dan inilah jua yang dilakukan oleh para anbiya’ dan mursalin. Mereka membina keimanan dengan akidah yang betul. Diperbetulkan pandangan hidup (world-view) mereka terhadap alam dan manusia, tentang hidup dan Tuhan. Tahu akan matlamat dan misi kehidupan. Imanlah yang akan memberi jawapan yang mencukupi untuk banyak persoalan yang timbul.

Kita harus bermula dengan jalan yang betul yang dipohon setiap hari al-sirat al-mustaqim. Pembinaan yang hakiki, bukan bentuk luaran sahaja. Membina akal dengan ilmu dan roh dengan kerohanian. Membina secara seimbang melalui ibadah, budaya, akhlak dan sebagainya. Kesemuanya itu memerlukan pembelajaran yang berterusan.

Ilmu Tentang Musuh

Kadangkala dalam keghairahan membina diri kita terlupa orang lain juga sedang merancang untuk memusnahkan kita. Di depan kita banyak golongan yang memusuhi daripada golongan tidak beragama hingga kepada orientalisme yang menyerang kita kiri dan kanan, depan dan belakang. Mereka menyerang akidah, syariah, turath dan tamadun kita. Malah musuh dalaman pun tidak kurang hebat yang berupa khurafat dan bidaah, jumud dan taqlid malah berbagai-bagai lagi.

Ini membuktikan lagi perlu kepada pembelajaran yang berterusan kerana masih banyak perkara yang belum difahami. Ada pula golongan yang keras dalam agama, bersangka buruk kepada semua orang kecuali dirinya sendiri sahaja yang benar. Mereka yang ufuk pemikiran terlalu sempit, mereka yang terlalu gopoh ingin memetik buah sebelum masak, golongan yang suka mengkafirkan orang lain oleh sebab yang kecil.

Pembelajaran yang berterusan harus memberi panduan tentang kesederhanaan Islam yang tulen yang digambar oleh al-Quran sebagai “ummatan wasatan” di mana antara cirinya:

  • Memahami agama secara syumul dan mendalam serta seimbang
  • Memahami realiti semasa tanpa memandang remeh kekuatan musuh dan tahu kekuatan diri.
  • Berfikiran saintifik hatta hukum alam dan hukum sosial
  • Memahami maqasid syari’ah dan tidak jumud dengan teks agama
  • Memahami keutamaan dalam kehidupan
  • Malah banyak unsur-unsur lain lagi

Pembelajaran berterusan diperlukan supaya aliran wasat ini memimpin secara berkesan. Aliran yang mampu menolak aliran melampau (ifrat) dan longgar agama (tafrit). Kita sebenarnya masih bermusuh sesama sendiri dengan orang Islam yang menganut fikiran asing, mengaku diri berfaham liberal barat.

Penutup

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis nabi dan praktis para ulama lampau, ilmu perlu dicari secara berterusan bagi memperkasa diri dengan persiapan dalaman dan luaran, menjadikan diri kukuh dan utuh pengetahuan, akhlak, budaya dan sahsiah sehingga mampu menjadi mercu yang dapat dijadikan pedoman dan mampu menangkis segala helah lawan

Tanpa keilmuan bukan sahaja kita gagal untuk memimpin bangsa lain malah kita akan kalah di tanah air sendiri dan terpenjara oleh kejahilan, was-was dan permusuhan sesama sendiri, malah kecundang dalam realiti globalisasi masa kini.

Read more...

Teori Dan Strategi Pembelajaran

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia . Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang . Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.

Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga bersesuaian dengan prinsip ‘mastery learning’ yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. Walau bagaimanapun peranan guru sebagai mu’allim, murabbi, muaddib, muhallil, dan qiadi masih kekal, malah perlu dimantapkan khususnya dalam menghadapi ‘kerenah globalisasi’ . Di samping itu, terdapat beberapa amalan profesional yang perlu dikuasai dan dihayati oleh para pendidik bestari:

a) Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran pembelajaran yang bermakna.
b) Menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini di samping dapat memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses pengajaran pembelajaran.
c) Pengajaran dan pembelajaran bermakna dan berfikrah melalui penguasaan kemahiran generik.
d) Membantu pelajar mengenalpasti matlamat pendidikan, mendefinisikan hala tuju bagi pelajarnya, memantau kemajuan pelajar, dan kemudian
menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar kendiri.
e) Bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan berdikari.
f) Sumbangan kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej pembelajaran bestari yang boleh membantu proses pembelajaran pelajar ke arah
akses kendiri.

Menurut Tg.Zawawi, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan oleh para pendidik bestari. Antaranya strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensaiklopedia eletronik; belajar dari courseware eletronik dan komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan kepada aspek konteks di dalam meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk itu, aplikasi multimedia membolehkan pembelajaran dalam konteks digunakan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran yang relevan. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan pembelajaran akses kendiri.

Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori mempunyai konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan berbezaan sudut pandang ini maka teori pembelajaran tersebut dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian . Sejauhmana penggunaan teori dan pentingnya teori-teori yang dibincangkan itu akan menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran dalam mereka bentuk perisian PPBK.

a) Teori Tingkahlaku (behavioris)
Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rabgsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif. Tingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan ,iaitu pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh perekabentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan .Dalam perisian kursus PPBK , tumpuan objektif penggunaan ialah hanya pada peringkat kefahaman dan pengetahuan. Teori ini akan berpegang kepada anggapan bahawa pembelajaran perisian kursus PPBK merangkumi tanggungjawab guru, dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK ini, guru perlu memahami tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar semasa kegiatan pembelajaran . Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang diterapkan meliputi:

a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu;
c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar;
d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan motisai .

Menurut (Hartley & Davies, 1978 ) beberapa prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang banyak diterapkan di dunia pendidikan meliputi

a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu;
c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar;
d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan.

Beberapa prinsip prinsip utama teori tingkahlaku pelaziman yang yang dikemukakan oleh Pavlov boleh diaplikasikan dalam merekabentuk perisian PPBK ini ialah .
a) Mengaitkan pengalaman yang positif dan baik dengan tugasan pembelajaran. Guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan dikalangan elajar untuk
memberikan kesan yang lebih terhadap pelajar disamping menghilangkan perasaan takut pelajar sekiranya akviti dijalankan secara individu.
b) Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan dengan antara rangsangan dan tindakbalas . Ini bermakna tingkahlaku pelajar boleh
dilazimkan untuk gerakbalas yang dingini oleh guru.
c) Rangsangan dan gerakbalas diperkukuhkan melalui latihan yang diberikan. Pelajar yang menerima peneguhan positif seperti ‘bagus’ , ‘anda berjaya’ ,
‘jawapan anda betul’ akan menyebabkan pengguna terus melakukan yang terbaik berterusan walaupun tidak lagi menerima pujian .
d) Pembelajaran akan dapat dipertingkatkan dengan mengadakan perbincangan ,projek dan aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.
e) Motivasi boleh membangkitkan tingkahlaku positif dengan memberikan ganjaran yang sesuai . Contoh motivasi ialah dengan memberikan pujian yang
baik, kata-kata perangsang dan sebagainya ketikan pelajar berjaya memberikan respon kepada jawapan yang disediakan . Motivasi juga boleh
dipertingkatkan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan pelajar.

Menurut Gagne,Briggs& Wager(1992) terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu pengajaran ,
a) menarik perhatian
b) menyatakan objektif pelajaran
c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas
d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar
e) memberikan bimbingan
f) tugasan dan soalan
g) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar
h) mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.

Dalam merekabentuk perisian PPBK ini ,pendekatan menggunakan teori tingkahlaku di atas dapat diaplikasikan seperti berikut
a) Perisian yang dibangunkan oleh penulis haruslah menarik perhatian pengguna . Untuk mewujudkan suasana ini, pembangunan perisian ini
dimasukkan beberapa unsur-unsur grafik yang bersesuaian dengan persembahan multimedia yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian
pengguna Ini sememangnya sudah menjadi kelaziman kepada manusia yang suka melihat kepada gaya persembahan yang menarik atau lebih tepat
lagi yang berorientasikan penglihatan . Pepatah Confucious menyatakan bahawa” sebuah gambar mampu menggantikan seribu perkataan”. Grafik
merupakan blok pembangunan utama dalam pembangunan multimedia.(Vilamil-Casanova&Molina 1997) Penampilan permulaan yang menarik
dengan memasukkan unsur-unsur grafik,warna dan animasi dalam perisian ini akan memberikan daya tarikan kepada pengguna untuk terus
menggunakan perisian ini dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

b) Pernyataan objektif pengjaran pembelajaran. Menurut Gagne pernyataan objektif ini merupakan satu motivasi untuk pelajar mengetahui apakah tugasan pembelajaran yang harus dicapai. Pernyataan objektif disampaikan dengan beberapa cara yang menarik sama ada melalui teks ataupun dalam bentuk animasi yang menarik . Dalam perisian ini matlamat dan objektif serta apa yang hendak dicapai daripada pengguna perisian ini diakhir nanti akan dinyatakan . Keadaan ini akan memberikan rangsangan kepada pengguna untuk terus mengguna dan mencuba perisian ini untuk mempelajari serta mendapat pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer sepertimana yang terdapat dalam tajuk asas perkakasan komputer.

c) Melalui perisian ini pengguna akan dapat mengetahui dan mengenalpasti jenis-jenis komponen-komponen utama yang terdapat dalam sesuatu sistem komputer.,menyenaraikan dan membezakan jenis komponen serta fungsi bagi setiap komponen komputer secara lisan dan bertulis,dapat melabelkan komponen-komponen perkakasan yang terdapat pada sesebuah papan induk, mengetahui beberapa masalah biasa yang sering berlaku kepada komputer dan boleh membuat jangkaan masalah untuk membaikpulih komputer. d) Persembahan dalam perisian juga boleh meningkatkan rangsangan kepada pelajar untuk terus menggunakankannya , Oleh sebab itulah dimasukkan juga beberapa elemen-elemen yang boleh mewujudkan suasana menarik dalam perisian ini antaranya ialah penggunaan ikon –ikon tertentu yang berfungsi untuk memberikan maklumat dan bantuan serta menyediakan panduan kepada pengguna mengenai perkara tertentu yang diperlukan semasa menggunakannya. Disamping itu juga terdapat unsur-unsur penggunaan audio yang jelas dan menarik boleh membantu pengguna untuk memahami sesuatu aktiviti yang dijalankan atau masalah yang dihadapi. Grafik dan animasi juga berkesan untuk menyampaikan maklumat . Penggunaan grafik dan animasi komponen-komponen komputer juga dapat menjelaskan pemahaman , menerangkan konsep dan fakta pengguna terhadap kandungan perisian yang digunakan. Penggunaan audio dan video dalam perisian ini akan memberikan kesan konkrit dan penegasan dalam menyampaikan maklumat . Audio dapat disampaikan dalam bentuk suara manusia yang lebih ringkas dan tepat mengenai beberapa fungsi komponen komputer dapat membantu pengguna khususnya yang sukar untuk membaca teks.d) Berapa latihan ataupun tugasan yang berbentuk soalan objketif, subjektif dan kuiz yang mencabar minda pengguna dimasukkan dalam perisian ini . Tujuannya ialah untuk mengesan kemajuan ataupun tahap penguasaan pelajar , dapat menilai dan mentaksir kemajuan yang telah dicapai oleh pengguna khususnya dalam topik-topik tertentu semasa menggunakan perisian ini . Setiap jawapan kepada soalan latihan akan disediakan maklumbalas yang positif . maklumbalas komputer ini adalah dalam bentuk grafik,teks,visual dan audio. Maklumbalas positif ini dapat menimbulkan minat , rangsangan dan motivasi kepada pengguna untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka disamping akan dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari . Pengguna akan diberi peluang untuk menunjukkan penguasaannya terhadap sesuatu kemahiran sebelum melangkah ke kemahiran yang lain. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh pengguna perisian ini untuk memberikan tindakbalas . Jawapan boleh diberikan melalui penggunaan tetikus atau menekan butang tertentu pada papan kekunci. Jawapan yang diberikan adalah lebih mencabar. Pengguna juga dikehendaki memberikan jawapan atau tindakbalas terhadap soslan-soalan dalam jangka masa yang ditetapkan . Jika pengguna tidak dapat menjawab atau memberikan respon dalam jangkamasa yang ditetapkan , komputer akan mengarahkan pengguna menggunakan butang bantuan atau memberikan kebenaran untuk menjawab semula soalan atau meneruskan aktiviti menjawab soalan lain. e) Perisian ini juga mengambilkira faktor penilaian akhir peristiwa pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti latihan menjawab soalan objektif dan subjektif serta kuiz dalam perisian ini. Komputer akan menyediakan maklumbalas,mendiagnosis kelemahan dan kekuatan pelajar. Penilaian dan maklumbalas tahap penguasaan pelajar ini boleh mengukuhkan ingatan dan membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuannya dalam situasi pemgalaman pembelajaran yang lebih mencabar.

b) Teori Konstruktivisme
Menurut konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran PPBK . Perisian PPBK ini memerlukan pelajar yang aktif mengaplikasikan pengetahuan dalam membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar tidak disokong dari pengetahuan luar. Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pemelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja merekabentuk. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis, mempersembahkan maklumat berkenaan perisian kursus PPBK

Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan mereka bentuk perisian PPBK asas perkakasan komputer ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut.

a) Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
b) Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
c) Pelajar menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
d) Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendah
e) Pembelajaran berpusatkan pelajar
f) Aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’
g) Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
h) Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut.
I) Pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina
j) Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai
k) Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori
l) Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan pelajar mencari jawapan
m) Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar
n) Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru
o) Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar
p) Pelajar bekerja dalam kumpulan


c) Teori Kognitif

Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Salah satu daripada teori kognitif ialah pemprosesan maklumat yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran komputer. Teori ini juga menyediakan pembelajaran aktif dimana pelajar bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna. Pelajar memerlukan kepada pemindahan pembelajaran dan pengetahuan. Teori ini lebih menekan kepada pengetahuan kini dan pengetahuan yang lepas. Untuk membantu pelajar memperolehi maklumat, rekabentuk perisian hendaklah dalam bentuk simbol dan lain-lain saluran agar maklumat itu lebih teratur dan mudah diperolehi. Alessi & Trollip (1991) mempercayai bahawa beberapa bidang dalam teori kognitif sangat penting dalam mereka bentuk bahan pengajaran terancang berasaskan komputer. Bidang-bidang tersebut ialah pengamatan dan penanggapan , ingatan , kefahaman pembelajaran secara aktif , motivasi, pemindahan pembelajaran , dan perbezaan individu .


3.0 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam Merekabentuk Perisian PPBK Pelbagai teknologi dan perancangan secara sistematik digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer memerlukan strategi yang tertentu dan pendekatan yang boleh diterapkan dan digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran agar matlamat dan objektif pengajaran tersebut boleh dicapai.

Antara strategi dan pendekatan yang digunakan dalam perisian kursus PPBK ini ialah seperti berikut:

a) Pembelajaran koperatif
b
) Pembelajaran kolaboratif
c
) Pembelajaran Anjal
d
) Pembelajaran Bersepadu

e) Pembelajaran Aktif
f) Pembelajaran Reflektif


a) Strategi Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. Ia menggunakan.strategi rangkaian komputer untuk menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat. Konsep kerjasama dan dalam kumpulan telah diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983). Mereka percaya bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Menurut Steven , mendapati bahawa pembelajaran koperatif telah dapat meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada perisian yang sedang dipelajari. Melalui pendekatan koperatif juga pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Melalui perisian kursus bertajuk perkakasan komputer ini ,pelajar akan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran yang meliputi ,

a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif.
b. saling berinteraksi secara bersemuka.
c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri.
d. kemahiran koperatif.
e. pemprosesan kumpulan

Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing -masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Ia juga akan menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan Cara pembelajaran yang melibatkan interaksi atau penglibatan individu ini menyumbangkan kadar pemahaman yang tinggi. Pembelajaran secara aktif ini akan memberikan kesan yang lebih berbanding pembelajaran secara pasif . anjaran akan diberi kepada individu dan kumpulan dalam aktiviti yang dijalankan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.


b) Strategi Pembelajarn Kolaboratif

Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri. Dalam pembangunan perisian PPBK perkakasan komputer ini, pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti menjawab soalan terbuka supaya kemahiran inkuiri boleh dibina. Pendekatan ini akan membolehkan pelajar berpelunagn untuk menambahkan pengetahuan dan kefahaman dan pada masa yang sama membina kemahiran menyiasat. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan perisian , pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar. Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif secara tidak langsung kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar.

c) Pembelajaran Anjal
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian PPBK perkakasan komputer ini tidak semestinya dijalankan pada jadual waktu rasmi. Pembelajaran anjal melibatkan masa pelajar belajar dan kurikulum harus dirancang dengan sebaiknya disamping mewujudkan jadual waktu anjal. Dalam kaedah pengajaran pendidik perbezaan pelajar itu sendiri amat perlu diambil kira. Penggunaan perisian PPBK perkakasan komputer ini boleh digunakan oleh pelajar diluar waktu rasmi ,ataupun diluar waktu pembelajaran kelas biasa. Ini memberikan ruang dan kebebasan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan baru disamping dapat membantu mengukuhkan kefahaman yang telah dipelajari semasa di kelas. Pelajar juga dapat maklumbalas dengan cepat dan positif daripada komputer , keadaan ini akan menimbulkan keseronokan belajar kerana mereka mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap proses pembelajaran .Ini dapat meningkatkan motivasi pelajar.

d) Pembelajaran Bersepadu
Sistem Pembelajaran Bersepadu ialah pendekatan pembelajaran yang menggunakan rangkaian komputer. Penggunaan perisian PPBK perkakasan komputer ini juga memenuhi kehendak dan keperluan bahan yang berasaskan komputer dan media sokongan yang memenuhi keperluan pembelajaran individu dan mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan. Dalam pembelajaran ini, sistem instruksi, pembelajaran dan pengurusan, dikendalikan oleh komputer menggunakan rangkaian komputer (Yusup & Razmah, 1999) e) Pembelajaran Aktif

Pelajar secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran contohnya, dalam aktiviti mengenalpasti komponen-komponen utama dalam sistem komputer dan fungsi setiap komponen berkenaan . Pelajar akan dapat membuat penerangan mengenai komponen-komponen tersebut sepertimana yang telah dipelajari sebelumnya melalui demonstrasi yang ditunjukkan kepada mereka. Melalui penglibatan secara aktif ini penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan pengetahuan dan kemahiran baru . Proses pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif. Pelajar akan dapat menterjemahkan konsep yang dipelajari melalui latihan susulan yang diberikan kepada mereka.

f) Pembelajaran Reflektif.

Pembelajaran reflektif membantu pelajar mempelajari bagaimana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembentukan dan pemahaman konsep, inkuri dan kesedaran diri,mengenal pasti andaian yang melandasi sesuatu, menilai ketepatan andaian, kesimpulan dan pegangan, menaakul perbezaan moral dan etika.Pelajar akan mengingat dan mengkaji semula beberapa langkah mengenai beberapa teknik yang telah dipelajari. Contohnya dalam aktiviti membuka dan memasang beberapa komponen perkakasan komputer beberapa urutan kerja perlu difahami oleh pelajar sebelum melaksanakan proses yang sama berikutnya.

Read more...

E-learning

Ledakan IT meletus dimana-mana sepanjang masa. Tanpa mengira tempat dan waktu, evolusinya seakan-akan tidak terhenti. Mula-mula dari segi telekomunikasi, peralatan audio dan video, komputer dan sebagainya, semuanya mengalami evolusi yang begitu pantas. Namun, IT bagi pandangan masyarakat lebih tertumpu kepada komputer jika dibandingkan dengan peranti-peranti lain seperti yang dinyatakan diatas. Ketika komputer mula-mula popular seawal dekat 80-an, penggunaanya lebih menjurus kepada permainan kanak-kanak serta kerja-kerja penaipan data di pejabat, tidak lebih daripada itu.

Di masa itu siapa yang tidak kenal dengan komputer Atari, Amstrad, CAT dan sebagainya yang menjadi kegilaan kanak-kanak memaksa ibu bapanya membeli komputer tersebut semata-mata untuk bermain PACMAN. Namun, semenjak perkakasan IT yang lain dimajukan terutamanya dalam bidang komunikasi data, komputer tidak hanya difokuskan kepada kegunaan penaipan dipejabat ataupun rekreasi sahaja tetapi dihargai lebih dari itu. Pengkomersilan Internet, penghasilan rangkaian komunikasi data yang lebih pantas dan selamat, pengenalan LAN (Local Area Network), WAN (Wide Area Network), pemajuan teknologi penyimpanan data dari analog kedigital menyebabkan teknologi IT jauh kehadapan.

Begitu juga dengan perkakasan komputer yang semakin berteknologi tinggi serta boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Kepesatan IT ini telah mempengaruhi iklim ataupun atmosfera kemodenan sedunia. Semuanya tidak mahu ketinggalan. Semua sektor ingin mengetahui, mempelajari serta mengkaji apa yang boleh disumbangkan serta penyumbangan yang boleh dilakukan oleh dunia IT sendiri. Dari sektor perubatan, ekonomi, perkapalan, astronomi, hartanah, pendidikan dan sebagainya,semuanya ketika ini berlandaskan IT. Pendidikan amnya mengalami perubahan yang sangat ketara. Bermula dengan penggunaan papan hitam tradisional disekolah, kemudian beralih kepapan putih, kemudian kealat bantuan mengajar seperti OHP dan seterusnya yang terkini pembelajaran secara on-line ataupun dalam bahasa ITnya dewasa kini e-learning. E-learning yang seakan-akan mitos 10 tahun dulu kini menjadi keperluan semenjak web mendominasi Internet.

Di Malaysia, e-learning masih lagi 'baru' kehadirannya jika dibandingkan dengan negara-negara Barat khasnya di US dimana setengah sekolah telah menjadikan ianya sebagai satu kaedah asas pembelajaran bagi menggantikan teknik-teknik pembelajaran tradisional. E-learning di negara kita lebih terarah kepada pembelajaran secara jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya hanya ditawarkan diperingkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan usahasama Universiti-universiti luar negara. Antara pusat pengajian tinggi tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya ini ialah Universiti Putra Malaysia melalui Program IDEAL ( Institut Pendidikan & Pembelajaran Jarak Jauh). Menerusi usahasama dengan syarikat tempatan Mahirnet Sdn. Bhd., UPM julung-julung kalinya menawarkan program Bacelor Komunikasi secara maya. Walaupun yurannya kelihatan agak tinggi berbanding dengan program ijazah saluran biasa namun jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya, ia dianggap berbaloi, dengan jadual kuliah yang fleksibel, nota dan tutorial yang boleh didapati dari Internet serta perkuliahan secara on-line. Dengan tidak disedari, ianya dapat menjimatkan kos dan masa terutamanya bagi mereka yang berkerja sepenuh masa serta tempat tinggal yang jauh daripada universiti. Dalam ertikata yang lain, melalui pembelajaran secara maya ini, tiada lagi jurang masa dan jarak yang menjadi halangan untuk belajar.

Di U.S pula, terdapat beribu-ribu laman web pendidikan yang mengatakan bahawa mereka menyediakan program e-learning. Namun menurut Linda C. Joseph, penyelidik dari Columbus (Ohio) Public Schools, Konsep e-learning tidak hanya sekadar penghantaran nota-nota kuliah kepada pelajar ataupun penghantaran tugasan kepada pensyarah melalui e-mail semata-mata tetapi yang sebenarnya pengisian web tersebut mestilah dipenuhi dengan forum/perbincangan dua pihak secara komunikasi dua hala, pengorganisasian maklumat dengan lebih teratur dari segi nota kuliah, jadual, bayaran yuran, tutorial dan juga peperiksaan.Dengan menemui kriteria yang dinyatakan diatas, pembelajaran yang lebih efektif dan interaktif dapat dilaksanakan.

Diantara contoh-contoh kelas maya yang terdapat di U.S ialah seperti California State University yang menawarkan program sijil perguaman kepada pemohon-pemohon yang berkelulusa ijazah dan lulus dalam Carlifonia Basic Education Skills Test (CBEST). Program ini amat berguna bagi mereka yang ingin belajar dalam kadar yang segera. Program yang dipersajikan secara maya ini direkabentuk betul-betul seperti didalam bilik kuliah dimana pelajar-pelajar boleh berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain serta profesor mereka melalui laman web. Pada setiap hari Sabtu pula, pelajar-pelajar akan menghadiri seminar secara maya.Bagi Universiti Of Nebraska pula, e-learning melalui web lebih bersifat komersial dimana pelajar boleh memilih mana-mana kursus yang disukai untuk melengkapkan pengajiannya diperingkat sekolah tinggi ataupun diploma.

Perkembangan e-learning dinegara kita agak membanggakan kerana terdapat organisasi-organisasi besar yang tidak mementingkan komersial sebaliknya lebih menekankan kepada penyebaran ilmu pengetahuan terutamanya dikalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. E-learning tidak hanya mencakupi pembelajaran jarak jauh secara maya malahan melibatkan 'Web Portal'. Kelebihan web portal, pendidikan ini ialah ia mempunyai bank-bank ujian, pelan pengajaran, bilik darjah maya, bahan-bahan pengajaran untuk guru, ujian untuk pelajar, dan direktori laman-laman web yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran serta maklumat-maklumat yang berguna seperti maklumat-maklumat sekolah, kelender tahunan, aktiviti pendidikan dan sebagainya. Antara organisasi yang melibatkan diri dalam menjayakan penubuhan web portal ini ialah seperti MIMOS Berhad melalui laman webnya, www.cikgu.net.my dan juga Kumpulan Utusan yang melancarkan laman webnya, www.tutor.com.my baru-baru ini. Cikgu.Net (disebut Cikgu dot Net) merupakan portal pendidikan yang pertama sekali dilancarkan dinegara kita pada bulan Mac 2000. Dengan isi kandungan yang berbahasa Melayu, ia berjaya menarik ribuan pengguna yang mendaftar dengannya, dianggarkan sekurang-kurangnya lebih 120 ribu pengunjung telah pun melawat portal tersebut. Dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraannya, kesesuaiannya dengan iklim pendidikan tempatan serta aktiviti kokurikulum dapat diselaraskan. Dengan disokong kuat oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Pearson Education Malaysia, DBP serta beberapa lagi organisasi besar, sumbangan Cikgu Net terhadap pendidikan negara sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Begitu juga dengan Portal Pendidikan Utusan yang mendapat sambutan hangat ketika mula-mula dilancarkan.

Secara amnya, pembelajaran jarak jauh secara maya lebih popular dinegara kita terutamanay bagi kolej-kolej dan syarikat-syarikat swasta yang menjalankan usahasama dengan universiti luar negeri dengan menawarkan program ijazah sarjana muda dan lepasan ijazah. Antaranya ialah seperti Hartford Management Centre Sdn Bhd menawarkan program peringkat sarjana dengan usahasama University Of Newcastle, Australia, TL Management Centre Sdn Bhd yang menawarkan program ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan usahasama Preston University, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Universiti maya tunggal tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya sepenuhnya ialah Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR). Sektor swasta dilihat sebagai lebih mengeksplorisasi penggunaan e-learning. Bagi syarikat-syarikat antarabangsa, e-learning dijadikan platform untuk meningkatkan pengetahuan serta skil kakitangannya. IBM Corporation misalnya, menggunakan 25% daripada latihan dalamannya lebih berbentuk jarak jauh secara maya. Latihan secara maya ini merangkumi 135,000 kakitangannya diseluruh dunia. Dan pada tahun 1999, IBM Corperation telah berjaya menjimatkan kos latihan sebanyak RM760 juta (USD 200 juta). Dengan kaedah ini juga, pertukaran teknologi dan pengetahuan dapat dilakukan secara mudah dan pantas. Mengikut laporan International Data Corporation (IDC), pada ketika ini 87% daripada kaedah latihan disektor swasta adalah secara tradisional iaitu pengajar bersemuka dengan pelajar secara berhadapan didunia nyata tetapi dengan kehadiran konsep e-learning, statistik latihan tradisional dijangka merosot kepada 74% pada tahun 2004 bagi kawasan Asia Pasifik. Menurut IDC lagi, pertumbuhan e-learning dijangka meningkat sehingga 94% diantara tahun 1999 sehingga 2004.

Namun sejauh mana keberkesanan kaedah e-learning, belum dapat ditentukan dan kajian keatasnya masih lagi dilakukan. Konsep e-learning dinegara kita masih lagi diperingakat permulaan dan memerlukan banyak pengkajian keatasnya bagi meningkatkan lagi kebolehcapaian serta keberkesanannya kepada kumpulan sasaran samaada pelajar, kakitangan syarikat mahupun pengguna-pengguna Internet dari seluruh dunia. Berdasarkan tanggapan pengurus jualan e-business IBM Corporation kawasan Asia Pasifik, Heah Kheng Lye bahawa yang menjadi penghalang kepada kemajuan e-learning bukanlah teknologinya tetapi sumber manusia, ada benarnya. Pendekatan yang betul perlu diterapkan bagi memastikan kejayaan e-learning. Peralihan atau anjakan teknologi perlu diseimbangkan dengan peralihan pemikiran yang lebih positif. Yang lebih penting tenaga-tenaga pengajar, amnya diuniversiti mestilah bersikap positif dengan konsep ini serta menggalakkan para pelajar menggunakan kaedah ini. Seharusnya dengan adanya konsep ini, tenaga-tenaga pengajar dapat mengeksploitasinya sebaik mungkin bukannya dengan mencemburuinya.

Dengan disokong oleh kecanggihan sistem rangkaian seperti Internet dan Intranet serta teknologi digital, konsep e-learning seperti web portal, dan on-line jarak jauh seharusnya dimanfaatkan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak. Adalah diharapkan dengan adanya konsep e-learning ini, mutu pendidikan negara akan meningkat dan juga produktiviti bagi sesebuah organisasi akan bertambah baik menerusi latihan dalaman seperti IBM Corporation. Secara tidak langsung visi negara dalam usaha menambahkan kadar celik IT sedikit sebanyak akan berjaya dalam tempoh terdekat ini. Kaedah e-learning ini seharusnya diperkenalkan secara lebih meluas bermula dari peringkat sekolah rendah bagi memupuk pelajar khasnya kanak-kanak mencintai ilmu pengetahuan disamping merangsang minat mereka untuk belajar.

Read more...

Belajar

Belajar adalah perubahan yang relatif permanen dalam perilaku atau potensi perilaku sebagai hasil dari pengalaman atau latihan yang diperkuat.

Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon.[1] Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa stimulus dan output yang berupa respon.

Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada pelajar, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan pelajar terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan respon tidak penting untuk diperhatikan karena tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur, yang dapat diamati adalah stimulus dan respon, oleh karena itu apa yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa yang diterima oleh pelajar (respon) harus dapat diamati dan diukur.

Penjelasan Definisi

  • Perubahan akibat belajar dapat terjadi dalam berbagai bentuk perilaku, dari ranah kognitif, afektif, dan/atau psikomotor. Tidak terbatas hanya penambahan pengetahuan saja.
  • Sifat perubahannya relatif permanen, tidak akan kembali kepada keadaan semula. Tidak bisa diterapkan pada perubahan akibat situasi sesaat, seperti perubahan akibat kelelahan, sakit, mabuk, dan sebagainya.
  • Perubahannya tidak harus langsung mengikuti pengalaman belajar. Perubahan yang segera terjadi umumnya tidak dalam bentuk perilaku, tapi terutama hanya dalam potensi seseorang untuk berperilaku.
  • Perubahan terjadi akibat adanya suatu pengalaman atau latihan. Berbeda dengan perubahan serta-merta akibat refleks atau perilaku yang bersifat naluriah.
  • Perubahan akan lebih mudah terjadi bila disertai adanya penguat, berupa ganjaran yang diterima - hadiah atau hukuman - sebagai konsekuensi adanya perubahan perilaku tersebut.
  • perasaan bangga dalam diri karna dapat mengerti dan paham akan apa yang di pelajari

Read more...

Pembelajiaran sepanjang har

SISTEM PEMBELAJARAN SEPANJANG HARI (FULL DAY LEARNING) merupakan sistem pembelajaran dalam Sekolah Alternatif yang dapat dijalankan oleh siapa saja. Waktu belajar bagi peserta didik bisa dilakukan sepanjang hari (full day learning) 24 jam sehari semalam sesuai dengan kemauan peserta didik. Sistem pembelajaran ini mirip dengan Home Schooling, tetapi dilakukan secara profesional oleh lembaga tertentu yang bersinergi secara multi. Multi pembimbing/pembina; gurunya terdiri dari berbagai macam disiplin ilmu yang dibutuhkan dengan kualifikasi akademik yang memadai. Multi Media; dalam proses pembelajarannya menggunakan berbagai macam media sesuai dengan minat peserta didik dengan memanfaatkan semua saluran ICT yang ada. Multi Strategi; strategi pembelajaran yang diterapkan sesuai dengan taraf perkembangan peserta didik dengan model konstruktivistik, model belajar berkelanjutan dan berkesinambungan. Multi kurikulum; kurikulum dan bahan belajar disesuaikan dengan kebutuhan dan taraf perkembangan peserta didik. Multi kultur; peserta didik dapat berasal dari berbagai latar belakang yang berbeda dengan pelayanan secara individual. Multi Setting/ligkungan; lingkungan belajar tidak terbatas sesuai dengan minat peserta didik dengan memanfaatkan berbagai macam jenis lingkungan belajar. Multi Evaluasi; evaluasi dapat dilakukan kapan saja dengan teknik yang beraneka ragam. Peserta didik dapat memilih jenis evaluasi formal dengan mengikuti Ujian di sekolah formal, atau Paket belajar. Sistem pembelajaran ini memerlukan penanganan yang serius dan profesional dari semua komponen yang terlibat di dalamnya. Gagasan ini muncul sebagai solusi bagi para lulusan Sajana Pendidikan dari berbagai disiplin ilmu yang belum memperoleh pekerjaan, untuk dapat mengabdikan diri di bidang pendidikan dan pembelajaran. Bagi siapa saja yang berminat untuk mengembangkan dan melaksanakan sistem ini dapat membentuk suatu lembaga pendidikan dan pembelajaran yang independent. Mari kita mulai dari sekarang !!!

Read more...

Islam menuntut pembelajaran sepanjang hayat

LAPORAN oleh Paul Lengrand dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dianggap sebagai perintis kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat. Tetapi sebenarnya konsep itu tidak asing dalam Islam.

Islam tidak bermula dengan arahan untuk menyembah Allah SWT sebagai pencipta makhluk tetapi dengan suruhan membaca. Islam merupakan agama yang teliti dan ketelitian itu bermula dari peringkat pengenalan lagi.

Manusia perlu mengenali Tuhannya dengan ilmu. Selanjutnya, manusia harus terus menyusuri hidup dengan pembelajaran secara berterusan. Ia bukan sahaja dapat memastikan kelangsungan hidup tetapi hidup secara bermaruah dan bermakna.

Itulah sebabnya Rasulullah SAW menjelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abd al-Barr bahawa mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan setiap Muslim. Kewajipan mencari ilmu itu seharusnya difahami sebagai proses sepanjang hayat.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Tabrani, Abu Na'im dan Ibn Abd al-Barr, Baginda menyatakan bahawa tidak ada makna bagi hari yang dilalui sekiranya tidak berlaku penambahan ilmu yang sifatnya boleh menambah nilai ketaqwaan.

Sebenarnya, banyak ayat al-Quran dan sunnah Nabi SAW yang menggesa umat Islam untuk mencari ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Malah, bagi mereka yang memasuki dunia pencarian ilmu, Allah SWT menjanjikan banyak pahala dan kedudukan yang baik.

Antara kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan ilmuwan ialah seperti yang dalam ayat 18 Surah Ali Imran yang menjelaskan bahawa kesaksian tentang kewujudan Allah 'Azza wa Jalla adalah (melainkan) Diri-Nya sendiri, para malaikat dan orang-orang yang berilmu pengetahuan.

Imam al-Ghazali menyatakan, ayat ini sudah cukup membuktikan betapa mulia dan utama kedudukan yang diberikan Allah SWT kepada orang-orang yang berilmu.

Seharusnya kita menginsafi bahawa di akhirat nanti menanti anugerah dan ganjaran. Ilmu yang ditimba banyak memberi manfaat kepada diri sendiri. Apabila ia memberi manfaat kepada diri, ia juga merantaikan manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, tenaga dapat dimaksimumkan. Keadaan ini akan membentuk sebuah negara yang cekap dalam membuat pilihan dan keputusan.

Dalam proses pembelajaran sepanjang hayat terdapat empat tunjang iaitu pembelajaran untuk mengetahui, pembelajaran untuk melakukan, pembelajaran untuk menjadi apa atau siapa dan pembelajaran untuk tinggal bersama.

Empat tunjang ini membentuk proses pembelajaran yang sempurna.

Selanjutnya banyak proses pembelajaran untuk golongan dewasa berlaku secara tidak formal dan ini memang suatu realiti kehidupan manusia.

Apa yang berlaku di sekeliling kita adalah suasana serta keadaan yang sangat radikal daripada sudut transformasi sosial. Keadaan ini menyebabkan perubahan-perubahan ketara terhadap tabii kerja dan gaya hidup.

Perubahan ini menjadi cabaran kepada semua orang dan hanya melalui pembelajaran yang berterusan, cabaran dapat diatasi. Bukan itu sahaja, apabila ia boleh betah dengan keadaan yang telah berubah, ilmu yang dimiliki akan menjadikan cabaran itu dapat diolah semula sebagai sesuatu yang memberi manfaat dan kesenangan.

Antara contoh mudah ialah, apabila terdapat hasil teknologi baru yang diperkenalkan kepada golongan pekebun yang telah berumur dan teknologi tersebut boleh memberi kesenangan kepada pekerjaan mereka.

Golongan pekebun ini mempunyai pilihan untuk membiarkan sahaja kehadiran peralatan tersebut dan meneruskan amalan secara tradisi. Akan tetapi sekiranya mereka memanfaatkan teknologi tersebut, sudah pasti produktiviti akan bertambah. Masa dapat dijimatkan dan memberi tambahan masa berkualiti untuk keluarga serta bermasyarakat, dan seterusnya kehidupan mereka akan bertambah senang.

Bagi membentuk rakyat negara ini sebagai masyarakat yang menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai budaya, kerajaan telah meletakkan tumpuan dan keprihatinan yang tinggi menerusi Rancangan Malaysia 2006-2010. Dalam satu laporan oleh UNESCO, terdapat cadangan untuk membangunkan masyarakat yang prihatin dalam pencarian ilmu, iaitu semua agensi yang terdapat dalam masyarakat yang terlibat menjadi penyumbang kepada pendidikan dan perubahan pendidikan.

Sementara itu, semua ahli masyarakat diberi galakan untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran tanpa had masa. Namun, sebagai warga yang mendakwa telah memiliki pemikiran dan jiwa yang merdeka, kita sepatutnya tidak perlu menunggu saranan, dasar atau sebarang polisi untuk bertindak. Kesedaran itu sepatutnya telah menjadi darah daging dan ia diturunkan kepada generasi muda seawal mungkin.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP